Kepelbagaian kulat endofit daripada Asplenium nidus

Nazlina Ibrahim, and Nurul Aina Japri, (2015) Kepelbagaian kulat endofit daripada Asplenium nidus. Malaysian Applied Biology, 44 (1). pp. 147-153. ISSN 0126-8643

[img]
Preview
PDF
364kB

Official URL: http://www.mabjournal.com/index.php?option=com_con...

Abstract

Pemencilan dan pencirian kulat endofit daripada pelbagai bahagian paku pakis epifit Asplenium nidus telah dilakukan. Sebanyak 13 kulat endofit berjaya dipencilkan daripada A. nidus dengan lapan pencilan daripada daun, tiga sampel daripada tulang daun dan dua sampel daripada akar. Melalui pengenalpastian secara makroskopik dan mikroskopik, endofit yang berjaya dikenal pasti terdiri daripada kulat Aspergillus fumigatus, A. terreus, A. niger, dua pencilan Penicillium sp., satu pencilan Phoma sp., satu pencilan Fusarium sp., satu pencilan Pestalotopsis sp. dan satu pencilan Drechslera sp. Terdapat empat pencilan kulat yang tidak dapat dikenal pasti pada peringkat genus iaitu kulat daripada keluarga Dematiaceae, kelas Sphaeropsidales, miselium steril dan daripada filum Deutromikota. Penyaringan aktiviti antibakteria kulat endofit juga telah dilakukan. Hanya A. terreus, Phoma sp. dan pencilan kulat daripada filum Deutromikota menghasilkan zon perencatan yang kecil terhadap bakteria ujian. Kepelbagaian endofit daripada A. nidus telah berjaya ditunjukkan dalam kajian ini dengan beberapa pencilan mempunyai aktiviti antibakteria yang lemah.

Item Type:Article
Keywords:Asplenium nidus, endofit, pencirian, pengenalpastian, aktiviti antibakteria
Journal:Malaysian Applied Biology Journal
ID Code:8722
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2015 07:51
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page