Ahmad Fuad Che Daud@Che Mud, (2015) Pengaruh subjek dan predikat dalam pemahaman teks Bahasa Arab. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (1). pp. 1-6. ISSN 0126-6020 / 2180-0782
|
PDF
249kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_...
Abstract
Pemahaman merupakan objektif utama aktiviti membaca. Realiti hari ini, terdapat ramai pelajar pengajian bahasa Arab yang tidak mampu memahami teks dengan baik. Antara puncanya ialah kelemahan penguasaan ilmu tatabahasa. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pemahaman pelajar terhadap teks bacaan dan menganalisis pengaruh unsur tatabahasa subjek dan predikat terhadap pemahaman pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan pendekatan kajian kes. Enam orang pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan (ISMBADP) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi peserta kajian ini. Data dikumpulkan melalui dokumen pemahaman teks dan temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian dapat memahami teks dengan baik. Temu bual yang dijalankan menunjukkan wujudnya pengaruh unsur tatabahasa subjek dan predikat terhadap pemahaman. Oleh itu, unsur subjek dan predikat merupakan aspek penting yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) pema haman teks bahasa Arab selain daripada kosa kata, kerana ia merupakan unsur asas binaan ayat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Aplikasi tatabahasa; subjek dan predikat; pemahaman; teks bahasa Arab |
Journal: | Jurnal Pendidikan Malaysia |
ID Code: | 8840 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 24 Jun 2015 01:01 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page