Perubahan pencapaian mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding

Faridah Salam, and Ramlah Mailok, and Norhasbiah Ubaidullah, (2015) Perubahan pencapaian mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui pembelajaran berasaskan projek dengan scaffolding. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (1). pp. 29-41. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_...

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji pelaksanaan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) terhadap pencapaian pelajar di tingkatan 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Kajian ini melibatkan dua set modul, iaitu modul PBP dengan scaffolding dan modul PBP sedia ada (Unit Intel). Modul PBP dengan scaffolding direka bentuk dan dibangunkan dengan menekankan secara spesifi k strategi pengajaran scaffolding, manakala modul PBP sedia ada menggunakan templat perancangan Unit Intel. Reka bentuk kajian ialah kajian kuasi dengan reka bentuk kumpulan kawalan tak seimbang yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Sampel kajian terdiri daripada 47 orang pelajar tingkatan 4, di dua buah sekolah di daerah Kerian, Perak, masing-masing 27 orang pelajar kumpulan rawatan dan 20 orang pelajar kumpulan kawalan. Pengujian statistik yang dilaksanakan ialah analisis kovarian (ANCOVA) pada aras signifi kan p < 0.05. Analisis ANCOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifi kan bagi tahap pencapaian bagi kumpulan rawatan dengan kekuatan hubungan antara pendekatan dan pencapaian sebanyak ω2 = 0.58. Hal ini menunjukkan bahawa min kumpulan rawatan mengatasi sebanyak 58 peratus daripada kumpulan kawalan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan PBP dengan scaffolding boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian mereka. Oleh itu, disyorkan supaya PBP dengan scaffolding diaplikasikan di dalam bilik darjah sebagai satu daripada pendekatan alternatif kepada pembelajaran yang berteraskan teknologi seperti mata pelajaran TMK.

Item Type:Article
Keywords:Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK); pembelajaran berasaskan projek (PBP); scaffolding; kajian kuasi eksperimen
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2015 01:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page