Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran

Noor Aini Ahmad, and Zamri Mahamod, (2015) Pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (1). pp. 63-73. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
67kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_...

Abstract

Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah inkuiri naratif ini bertujuan untuk melihat pengubahsuaian dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Dua objektif kajian ini ialah mengenal pasti pengubahsuaian masa aktiviti dan susunan aktiviti yang dilakukan oleh guru bagi membantu murid bermasalah pembelajaran belajar dengan lebih berkesan dan mengenal pasti sejauh mana perkataan berfungsi diajar dalam pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia bagi murid bermasalah pembelajaran. Seramai empat orang guru Pendidikan Khas dipilih menggunakan persampelan bertujuan untuk mengambil bahagian dalam kajian di mana data dikumpul menerusi pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati peserta kajian mengubah suai masa aktiviti mengikut tahap kefungsian murid dan mereka mengajar murid bermasalah pembelajaran teruk yang mengalami masalah pertuturan menggunakan bahasa isyarat dan berpandukan sebuah Manual Pengurusan Kanak-kanak yang Mengalami Masalah Komunikasi. Dapatan kajian juga mendapati peserta kajian mengajar perkataan yang diperlukan dalam kehidupan seharian. Peserta kajian didapati menentukan isi kandungan pelajaran kerana tidak ada buku teks disediakan. Artikel ini mencadangkan senarai perkataan berfungsi yang boleh dijadikan panduan apabila mengajar kemahiran Bahasa Malaysia kepada murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk.

Item Type:Article
Keywords:Pengajaran kemahiran Bahasa Malaysia; murid bermasalah pembelajaran; pengubahsuaian pengajaran
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8848
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2015 01:50
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page