Keupayaan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti semasa latihan mengajar dalam pembentukan guru novis

Abdul Rasid Jamian, and Nurul Nadiah Razali, and Shamsudin Othman, (2015) Keupayaan guru pelatih terhadap pelaksanaan aktiviti semasa latihan mengajar dalam pembentukan guru novis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40 (1). pp. 75-81. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

[img]
Preview
PDF
47kB

Official URL: http://www.ukm.my/jurfpend/articles_for_vol_40(1)_...

Abstract

Guru pelatih perlu didedahkan dengan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah. Proses ini akan membawa mereka berhadapan kesukaran semasa melaksanakan aktiviti tersebut. Sehubungan itu, kajian ini mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifi kan antara persepsi guru pelatih seramai 173 terhadap latihan mengajar dengan aktiviti dan kesukaran melaksanakannya semasa menjalani latihan mengajar dalam usaha membentuk guru novis. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifi kan antara persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti yang disenaraikan semasa latihan mengajar. Hubungan ini menunjukkan bahawa jika responden mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar, maka mereka merasa mudah untuk melakukan aktiviti semasa latihan mengajar dan begitulah sebaliknya. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifi kan dari segi persepsi terhadap latihan mengajar dan kesukaran melakukan aktiviti atau mengatasi masalah yang dihadapi. Guru pelatih didapati mempunyai persepsi yang positif terhadap latihan mengajar dan menyatakan tidak menghadapi kesukaran melakukan aktiviti semasa latihan mengajar. Hal ini merupakan satu situasi yang amat memberangsangkan dalam usaha kita melahirkan guru-guru novis yang bermutu dan akan mendidik anak bangsa pada masa depan.

Item Type:Article
Keywords:Guru pelatih; guru novis; latihan mengajar; aktiviti pengajaran dan pembelajaran; pendidikan negara
Journal:Jurnal Pendidikan Malaysia
ID Code:8849
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Jun 2015 01:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page