Penggunaan metadata bisnes dalam pemodelan data sumber transaksi agen (sta)

Ibrahim Mohamed, and Mohamad Fauzan Noordin, (2015) Penggunaan metadata bisnes dalam pemodelan data sumber transaksi agen (sta). Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 4 (1). pp. 59-65. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
105kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/apjitm/issue/view/609

Abstract

Pemodelan proses bisnes adalah satu cara perwakilan sesebuah organisasi bagi memboleh organisasi dianalisis dan diberi penambahbaikan. Pembangunan model proses bisnes yang semakin kompleks boleh dibantu dengan penggunaan metadata iaitu sama ada metadata bisnes atau metadata teknikal. Metadata bisnes boleh bertindak sebagai suatu alat komunikasi di antara pengamal bisnes dan pasukan teknikal teknologi maklumat. Terdapat keperluan bagi memadan metadata bisnes dan metadata teknikal, bagi membantu komunikasi berkesan ahli bisnes dan teknikal dalam pembangunan model bisnes. Model data Sumber-Transaksi-Agen (STA) diperkenal sebagai sebuah teknik pemodelan yang mengguna metadata bisnes. Penggunaan metadata bisnes oleh model data STA bertujuan membantu ahli bisnes terlibat atau mengambil bahagian dalam pemodelan data bisnes bagi sesuatu proses pembangunan sistem. Satu kajian dijalankan melalui lima kumpulan bengkel melibatkan 206 peserta, bagi menilai keberkesanan dan kecekapan penggunaan model data STA. Hasil kajian menunjukkan model data STA adalah teknik pemodelan data yang berkesan dan cekap. Hasil kajian mendapati peserta kajian dapat menyertai proses pemodelan dengan berkesan dan cekap kerana terma yang diguna adalah dikenali dan mesra-bisnes.

Item Type:Article
Keywords:Model Data STA, metadata bisnes, pangkalan data, Model Data REA, teknik pemodelan data.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:8855
Deposited By: ms aida -
Deposited On:01 Jul 2015 02:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page