Peranan strategik hubungan dagang negara Islam dengan China: bukti empirikal dari Malaysia

Sasitharan Monakaran, and Mohd Yahya Mohd Hussin, and Fidlizan Muhammad, and Azila Abdul Razak, and Fatimah Salwa Abdul Hadi, (2015) Peranan strategik hubungan dagang negara Islam dengan China: bukti empirikal dari Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 13-23. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
262kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Hubungan dagang antara negara adalah amat penting bagi pertumbuhan ekonomi dan ini seharusnya benar biarpun negara-negara terlibat berbeza ideologi. Artikel ini bertujuan menganalisis hubungan keseimbangan perdagangan antara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan China serta kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kajian ini menggunakan data suku tahunan dari suku pertama 1999 hingga suku keempat 2013 yang diambil dari sumber-sumber yang berautoriti. Menggunakan kaedah penganggaran Vektor Autoregrasi (VAR) yang terpiawai, kajian ini mengaplikasikan ujian integrasi, ujian ko-integrasi, dan ujian penyebab Granger dalam bentuk Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM). Hasil kajian menunjukkan wujudnya hubungan keseimbangan jangka panjang antara pertumbuhan ekonomi Malaysia dengan jumlah eksport benar Malaysia ke China (EXm), jumlah import benar Malaysia dari China (IMm), dan juga jumlah Keluaran dalam Negara Kasar benar China (KDNKc). Dari aspek hubungan penyebab Granger jangka pendek pula didapati pertumbuhan ekonomi Malaysia dan pertumbuhan jumlah import Malaysia dari China adalah dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi negara China. Di samping itu, pertumbuhan jumlah eksport Malaysia ke China hanya dipengaruhi oleh pertumbuhan dalam ekonomi Malaysia dan ianya menyokong hipotesis eksport berpuncakan pertumbuhan (GLE).

Item Type:Article
Keywords:China, eksport, import, Malaysia, perdagangan antarabangsa, pertumbuhan ekonomi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8884
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 01:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page