Aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi sebagai syarat kelulusan EIA di Malaysia: kajian status kepatuhan di Negeri Kedah

Abdul Rahman Mahmud, and Zaini Sakawi, (2015) Aspek kawalan hakisan tanah dan sedimentasi sebagai syarat kelulusan EIA di Malaysia: kajian status kepatuhan di Negeri Kedah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 42-52. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
324kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) pada tahun 2011 telah melaksanakan pakej penambahbaikan EIA bagi meningkatkan keberkesanan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi kepada projek – projek EIA. Penambahbaikan dibuat dengan memasukan 26 syarat- syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi didalam pemberian syarat – syarat kelulusan EIA. Kajian ini membincangkan status pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan EIA bagi projek – projek yang telah melalui pakej penambahbaikan EIA di Negeri Kedah. Dua kaedah utama digunakan iaitu pengutipan data menggunakan kaedah perlombongan data dari sistem pengkalan data JAS dan temubual dengan pegawai – pegawai penguatkuasa JAS. Perlombongan data dilaksanakan terhadap sub modul penguatkuasaan sistem pengkalan data e-Kawalan Alam Sekitar (e-KAS) JAS. Data penguatkuasaan yang dikutip telah dianalisis bagi melihat tren pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Kajian ini mendapati kegagalan pematuhan syarat – syarat kawalan hakisan tanah dan sedimentasi adalah tinggi pada peringkat kerja tanah bagi tahun 2012, 2013 dan 2014. Sebanyak 27 Notis arahan telah dikeluarkan terhadap projek – projek yang tidak mematuhi syarat – syarat kelulusan EIA. Perlantikan Environmental Officer (pegawai pengurus alam sekitar) bagi menyelia pelaksanaan pelan kawalan hakisan tanah dan sedimentasi merupakan syarat yang paling banyak tidak dipatuhi oleh pemaju projek. Hasil temubual dengan empat pegawai penguatkuasa JAS mendapati tiga faktor utama yang menyebabkan kegagalan pematuhan syarat – syarat kelulusan EIA iaitu lemahnya komitmen pemaju projek, ketiadaan peruntukan bagi kos pelaksanaan pelan pengurusan alam sekitar, dan kurangnya pengetahuan pemaju projek bagi melaksanakan pematuhan terhadap syarat – syarat kelulusan.

Item Type:Article
Keywords:EIA, kawalan hakisan tanah dan sedimentasi, keberkesanan EIA, Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP), penguatkuasaan EIA, syarat – syarat kelulusan EIA
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8887
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 02:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page