Dinamik ikon dalam pembentukan ruang pembangunan: sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia

Zainun Abidin Baharum, and Junaidi Awang Besar, and Abdullah Zakaria Ghazali, (2015) Dinamik ikon dalam pembentukan ruang pembangunan: sumbangan Tun Ghafar Baba kepada pembangunan sosio-ekonomi Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 53-61. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
331kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba merupakan seorang negarawan ulung di Malaysia yang mempunyai kecekalan diri dalam berpolitik serta telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara sewaktu menjawat Timbalan Perdana Menteri. Keperluan kepada role model tokoh politik yang berwibawa seperti Ghafar amat perlu diketengahkan memandangkan kini nilai-nilai semangat kebangsaan nasionalisme berdasarkan kepada tradisi keikhlasan, kejujuran, pengorbanan dan setiakawan yang semakin terhakis oleh arus politik materialisme. Kajian ini menggunakan sumber sekunder yang diperolehi daripada buku-buku biografi, akhbar dan ucapan rasmi. Sikap positif beliau bersandarkan kepada pegangan teguh kepada nilai-nilai mulia seperti kesungguhan, keberanian dan kesabaran. Beliau dapat mengawal arah tuju perjalanan hidupnya dari seorang yang miskin kepada kehidupan yang lebih sempurna. Beliau telah membuktikan, tidak kira apa jua bangsa, agama, keturunan tidak ada sekatan untuk berjaya dalam hidup. Beliau memberikan fokus perhatiannya kepada sistem tanaman berkelompok, menubuhkan Yayasan Pelajaran, membuka Kelas Dewasa (kini dikenali sebagai KEMAS), mengadakan rancangan pemakanan berzat dan perpustakaan bergerak yang masih lagi berjalan sehingga ke hari ini. Sumbangan beliau dalam memberikan idea dalam membangunkan negara tidak dapat dinafikan lagi melalui gandingan mantap dengan Tun Dr. Mahathir (mantan Perdana Menteri) dalam memodenkan negara ini seterusnya terkenal di mata dunia.

Item Type:Article
Keywords:idea, nasionalisme, negarawan, pembangunan negara, politik materialisme, sosio-ekonomi Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8888
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 18:42
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page