Mashrom Muda, and Rahimah Abdul Aziz, (2015) Wanita dan HIV/AIDS di Malaysia: punca jangkitan dari aspek sosiobudaya. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 73-86. ISSN 2180-2491
|
PDF
380kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Jangkitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS) di Malaysia yang mula dikesan pada 1986 dalam kalangan lelaki kini turut melibatkan kaum wanita, bahkan peratusannya melebihi kaum lelaki. Jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita tidak hanya melibatkan penagih dadah dan pelacur, tetapi juga suri rumah dan gadis remaja. Perubahan trend jangkitan ini memerlukan suatu penelitian mengapa masalah ini berlaku. Artikel ini bertujuan memahami sejarah hidup, mengenal pasti dan menginterpretasi faktor sosiobudaya yang menyebabkan jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita Melayu. Selain data sekunder, kajian ini menggunakan data primer yang diperolehi melalui temu bual secara mendalam ke atas 16 orang informan terdiri daripada wanita HIV/AIDS yang berada di luar dan dalam institusi penjara serta pusat serenti di Besut, Pasir Puteh, Bachok dan Kota Bharu. Kajian ini mendapati bahawa, faktor sosial adalah punca utama berlakunya jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita. Aspek kuasa, terutamanya dalam konteks hubungan seks selain kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah dan tidak bekerja turut menjadi punca utama. Dengan meningkatkan kualiti hidup melalui pengurangan kadar kemiskinan, pengangguran dan inflasi, di samping peningkatan kadar celik huruf dan taraf kesihatan, risiko jangkitan HIV/AIDS dalam kalangan wanita di negara ini dapat dikurangkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | faktor jangkitan, faktor sosiobudaya, HIV/AIDS, ketaksamaan kuasa, pendidikan, wanita |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 8890 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2015 18:48 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page