Kualiti udara dalam bangunan di bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Sytty Mazian Mazlan, and Ainon Hamzah, and Mastura Mahmud, (2015) Kualiti udara dalam bangunan di bangunan Sains Biologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 87-96. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
612kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kualiti udara dalaman adalah satu istilah yang merujuk kepada kualiti udara di dalam dan di sekitar bangunan dan struktur di mana ia amat berkaitan dengan kesihatan dan keselesaan orang yang berada di dalam bangunan. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kualiti udara dalaman pada beberapa makmal di Bangunan Sains Biologi, Fakulti dan Teknologi, UKM di samping dalam mengenal pasti spesis bakteria dan kulat yang hadir serta mengkaji pandangan pengguna tentang kualiti udara dalaman. Pencerapan dilakukan dengan mengukur kepekatan karbon dioksida, suhu dan kelembapan relatif di makmal pada sesi petang dan malam, bilangan bakteria dan kulat di dalam udara dengan mendedahkan piring petri di dalam persekitaran makmal, pengenalpastian genus bakteria dan kulat melalui ujian biokimia dan kit komersial. Di samping itu, satu soalselidik dibentuk untuk mengkaji pandangan pengguna Bangunan Sains Biologi tentang kualiti udara dalaman tempat kerja mereka. Hasil kajian mendapati tahap kepekatan karbon dioksida, suhu dan kelembapan relatif bagi kebanyakan stesen persampelan adalah mengikut piawaian yang dicadangkan oleh pihak DOSH. Hanya purata suhu dan kelembapan relatif di empat iaitu Makmal Pembelajaran Biokimia, Makmal Sains Sekitaran, Makmal Fikologi dan Biologi Akuatik dan Makmal Mikrobiologi Persekitaran menunjukkan bacaan yang tinggi sedikit daripada piawaian dan garis panduan yang disarankan oleh DOSH. Pengenalpastian spesis bakteria dan kulat yang dilakukan di kesemua stesen persampelan mendapati kehadiran spesis bakteria Bacillus cereus, Bacillus laterosporus, Bacillus sphaericus, Micrococcus luteus, Staphylococcus aureus, Staphylococcus epidermis, Enterobacter cloacae, Pseudomonas fluarescens, Pseudomonas stuzeri dan Aeromonas hydrophila serta spesis kulat Aspergillus niger, Aspergillus nidulans, Penicillium digitatum dan Fusarium dimerum. Selanjutnya, hasil soalselidik mendapati hampir keseluruhan responden (96.8%) menyatakan tahap keselesaan serta kesihatan mereka semasa berada di dalam bangunan adalah baik manakala sistem ventilasi bangunan berada pada tahap yang memuaskan. Tahap kesedaran kebanyakan responden mengenai kepentingan kualiti udara dalaman pula adalah pada tahap sederhana. Antara cadangan bagi meningkatkan kualiti udara dalaman yang diperolehi daripada kajian ini ialah memastikan sistem penghawa dingin beroperasi dengan baik dan meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan kualiti udara dalaman di kalangan pekerja dan pelajar di Bangunan Sains Biologi.

Item Type:Article
Keywords:bakteri, karbon dioksida, kelembapan relatif, kualiti udara dalaman, kulat, suhu
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8891
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 18:52
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page