Faktor situasi dan pembentukan ruang rekreasi: kajian awal tingkahlaku devian para penyokong bolasepak di Malaysia

Nur Hafizah Yusoff, (2015) Faktor situasi dan pembentukan ruang rekreasi: kajian awal tingkahlaku devian para penyokong bolasepak di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 116-123. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
390kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Sukan bolasepak era moden khususnya telah menjadi salah satu industri yang mengaut keuntungan besar. Keuntungan bukan sahaja datang dalam bentuk jumlah penajaan yang banyak, tetapi juga datang daripada hasil keuntungan jualan tiket yang disumbangkan oleh para penyokong. Peranan yang dimainkan oleh para penyokong sangat besar impaknya kepada pasukan yang disokong. Pemain boleh dimotivasikan dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong. Jatuh dan bangunnya sesebuah pasukan bolasepak juga adakalanya ditentukan oleh para penyokong. Oleh kerana jumlah penyokong yang hadir menyaksikan sesuatu perlawanan bolasepak adalah sangat ramai, maka sukar untuk menjangkakan bahawa kesemua mereka akan mematuhi norma mahupun undangundang yang telah ditetapkan. Hasil daripada pelbagai kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu dan hasil dapatan awal kajian pengkaji sekarang mendapati bahawa ‘faktor situasi’ (situational factors) memainkan peranan penting dalam menentukan tingkahlaku penyokong semasa berada di dalam stadium. Hasil daripada temubual mendalam yang telah dijalankan dengan beberapa informan utama kajian, mendapati bahawa faktor situasi itu sendiri terdiri daripada pelbagai elemen. Antaranya ialah, jumlah penyokong dan kedudukan mereka di dalam stadium, makna dan kepentingan perlawanan bolasepak kepada penyokong, sejarah dengan penyokong pasukan lawan, kawalan keselamatan di stadium, kepentingan sukan bolasepak kepada pembentukan identiti penyokong, sebab penyokong datang ke stadium serta jangkaan mereka daripada perlawanan yang bakal berlangsung serta lokasi perlawanan.

Item Type:Article
Keywords:faktor situasi, hooliganisma, mob behaviour, penyokong bolasepak, tingkahlaku devian, ruang rekreasi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8894
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 19:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page