Kepuasan pelancong dengan Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari: satu kajian persepsi

Zaimah, R., and Er, A.C., and Sarmila, M.S., and Habibah, A., and Hamzah, J., and Nurain Sahazali, and Nadiah Hanani Abdul Jalil, (2015) Kepuasan pelancong dengan Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari: satu kajian persepsi. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 135-142. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
363kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelancongan lestari bertujuan mengurangkan kesan ekologi dan sosiobudaya kepada masyarakat setempat. Kini, pelancongan lestari semakin popular dan menjadi amalan kebanyakan negara di dunia. Persepsi pelancong terhadap pelancongan lestari juga boleh memberi impak terhadap sesuatu destinasi pelancongan. Justeru, objektif utama artikel ini adalah untuk mengenal pasti persepsi serta tahap kepuasan pelancong terhadap negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari. Kaedah survei menggunakan borang kaji selidik diaplikasikan dalam kajian ini. Seramai 735 orang pelancong terlibat dengan kajian ini dan mereka dipilih berdasarkan kaedah persampelan mudah bertujuan. Tahap kepuasan pelancong diukur menggunakan skala Likert, iaitu 1 sangat tidak berpuas hati dan 5 sangat berpuas hati. Hasil kajian mendapati majority (70 peratus) pelancong mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap Melaka sebagai destinasi pelancongan lestari.

Item Type:Article
Keywords:imej destinasi, kepuasan pelancong, Melaka, pelancongan lestari, persepsi, Tapak Warisan Dunia UNESCO
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8896
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 19:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page