Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai Pusat Hentian Setempat: kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan UTC Kuala Lumpur

Nadiah Hanani Abdul Jalil, and Jalaluddin Abdul Malek, and Er, Ah Choy (2015) Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai Pusat Hentian Setempat: kajian kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan UTC Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 143-157. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
838kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pusat Transformasi Bandar (UTC) merupakan satu mekanisme yang menyediakan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung supaya mampu menyelesaikan urusan pelanggan dengan mudah. Kajian ini memeriksa tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat hentian setempat dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelanggan semasa menggunakan perkhidmatan UTC. Kajian ini merupakan kajian rintis di UTC Kuala Lumpur yang melibatkan persampelan mudah 40 responden yang merupakan pelanggan yang keluar daripada pintu utama bangunan UTC Kuala Lumpur. Pengukuran kepuasan pelanggan dilakukan menerusi aspek perkhidmatan kaunter hadapan, perkhidmatan pelanggan dan kemudahan asas serta perkhidmatan sokongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya kepuasan pelanggan adalah di tahap baik meskipun terdapat sedikit masalah seperti gangguan ulat tiket, kekurangan kemudahan di sesetengah jabatan yang menjadi tumpuan dan kemudahan lif yang kurang diselenggara dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:kepuasan pelanggan, kualiti perkhidmatan, perkhidmatan kaunter hadapan, perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan sokongan, Pusat Transformasi Bandar (UTC)
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8897
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 19:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page