Harifah Mohd Noor, and Mohd Fuad Mat Jali, and Mokhtar Jaafar, (2015) Nota Penyelidikan Pengaruh sosio-ekonomi terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu Sabah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 158-171. ISSN 2180-2491
|
PDF
742kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Mengurangkan kebergantungan kepada kenderaan persendirian adalah salah satu cabaran utama dalam pembangunan sistem pengangkutan yang mampan. Untuk menilai keberkesanan dasar, adalah perlu untuk memahami faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku pemilikan kenderaan persendirian. Kertas ini memperincikan pengaruh sosio-ekonomi isi rumah terhadap pemilikan kenderaan persendirian berdasarkan dapatan kaji selidik di lapangan yang melibatkan 988 responden di pusat bandaraya Kota Kinabalu. Data kajian dianalisis dengan ujian Khi Kuasa Dua dan Regresi Logistik. Ujian-ujian statistik ini menunjukkan pengguna yang bekerja sepenuh masa, umur dewasa, pendapatan RM2000 keatas, berkahwin serta pasangan hidupnya bekerja berpotensi tinggi memiliki kenderaan persendirian. Sebaliknya pengangkutan awam digunakan kebanyakannya oleh pengguna yang remaja, tidak bekerja (pelajar atau surirumah) atau yang bekerja separuh masa, berpendapatan RM800 kebawah dan masih bujang. Namun sasaran ini berpotensi berpindah kepada kenderaan persendirian sekiranya terdapat perubahan dalam kehidupan sosioekonomi mereka. Ini bermakna individu yang stabil sumber kewangannya dan berkeluarga adalah lebih cenderung menggunakan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam. Penemuan terperinci begini dapat membantu pihak berkuasa dalam perancangan polisinya terhadap pemilikan kenderaan di Kota Kinabalu pada masa hadapan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | faktor sosio-ekonomi, kesesakan lalulintas, pembandaran, pemilikan kenderaan persendirian, pengangkutan awam, sistem pengangkutan |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 8898 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2015 19:16 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page