Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia

Jabil Mapjabil, and Ratna Roshida Abd Razak, and Mazdi Marzuki, and Rosmiza Mohd Zainol, (2015) Pelancongan Islam: suatu tinjauan konseptual dan relevannya di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (1). pp. 172-182. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
354kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Peristiwa 9/11 membawa suatu dimensi baru dalam perkembangan Pelancongan Islam di peringkat global. Selepas tahun 2001, trend penganjuran persidangan antarabangsa dan penerbitan dalam Pelancongan Islam semakin mendapat perhatian serius dalam kalangan sarjana. Selain itu, pola dan aliran ketibaan pelancong antarabangsa telah berubah dan memberikan manfaat kepada pembangunan pelancongan di negara Islam. Pelancongan Islam sering dikaitkan dengan pelancongan budaya, keagamaan dan spiritual. Sehingga kini, tidak terdapat satu pengertian yang khusus tentang konsep pelancongan Islam. Kepentingan dan keperluan perjalanan dalam Islam ditegaskan dalam beberapa surah Al-Quran. Ia turut berkait rapat dengan beberapa konsep perjalanan dalam Islam seperti haji, umrah, rihlah, ziyara dan tabligh. Daripada perspektif Islam, konsep pelancongan dilihat dalam spektrum yang lebih luas. Ia adalah suatu ibadah, manifestasi dalam menghayati kebesaran ciptaan Ilahi dan mendapatkan keredhaanNya. Pelancongan Islam melibatkan tiga komponen utama iaitu ekonomi, kebudayaan dan keagamaan konservatif. Dalam konteks implikasinya kepada Malaysia, penubuhan Pusat Pelancongan Islam pada awal tahun 2010 menjadi platform terbaik dalam memperkasakan pembangunan sektor pelancongan Islam negara. Sorotan konsep dan teoretikal ini diharap menjadi asas dan rujukan berguna untuk pengkajian lanjutan tentang pelbagai isu pelancongan Islam di Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Item Type:Article
Keywords:Islam, konsep, Malaysia, pelancongan, pelancongan Islam, teoritikal
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8899
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 19:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page