Badrul Redzuan Abu Hassan, (2015) Prospek penapisan kendiri: analisis wacana sinema serantau. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 17-29. ISSN 2180-2491
|
PDF
282kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...
Abstract
Industri perfileman Malaysia kini dilihat memasuki fasa baru pengawalseliaan dalam konteks pelaksanaan sistem penapisan filem kendiri. Kini khalayak filem dari golongan kelas menengah Malaysia yang penting itu mungkin berdepan tuntutan yang lebih kuat dari sebelumnya dari badan pemantau. Industri kreatif pula akan semakin tercabar untuk mengawalselia kandungan dan matlamat produksi mereka. Persoalannya, sejauh manakah kedudukan titik kompromi dalam melaksanakan sistem penapisan filem kendiri? Hal ini kerana imaginari sosial filem dilihat semakin berkompromi nilai dan etika semasa dan logika sosiobudaya lokal. Di dalam makalah ini prospek persoalan ini dianalisis secara reflektif dalam konteks sinema serantau yang aktif iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand menerusi pendekatan analisis kritis wacana. Data empirikal dalam bentuk titik konvergens dan divergens dalam perlaksanaan dasar dan mekanisma penapisan filem memberikan pencerahan terhadap prospek penapisan filem kendiri yang semakin mencabar standard dan amalan penapisan perfileman di negara ini. Hasil analisis merumuskan inisiatif penapisan kendiri harus mampu mendidik pemain industri kreatif ini supaya melalui proses pembikinan filem yang berakauntabiliti dari aspek wajaran dan piawaian etika dan moral serta elemen-elemen naratif dan estetik yang dirasakan tidak berkonflik dengan empat teras sistem penapisan filem iaitu “keselamatan dan ketenteraman awam; keagamaan; sosiobudaya dan ketertiban dan ketatasusilaan” seperti yang diperingatkan oleh Lembaga Penapisan Filem selaku pihak berwajib.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | globalisasi budaya, industri perfileman Malaysia, masyarakat kelas menengah, penapisan filem kendiri, sinema serantau, wacana sosiobudaya dan politik |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 8902 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jul 2015 21:08 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page