Analisis geografi pilihan raya di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 1955-2013

Junaidi Awang Besar, and Rosmadi Fauzi, and Amer Saifude Ghazali, (2015) Analisis geografi pilihan raya di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pilihan raya umum 1955-2013. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 30-42. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan bahagian pilhan raya Parlimen yang mempunyai komposisi etnik campuran dan mengalami pertambahan pemilih setiap tahun. Dari sudut geografi pilihan raya juga Parlimen Titiwangsa juga mempunyai lokasi geografi yang menarik merangkumi kawasan bandar raya, pekan kecil, tanah lot peneroka awal serta kampung tradisi Melayu dan Cina, taman-taman perumahan Melayu dan Cina serta perumahan awam bertingkat/pangsa/flat. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis faktor-faktor tersebut dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya umum 1955 hingga 2013, faktor kemenangan dan pola pengundian di kawasan Parlimen Titiwangsa. Berdasarkan data laporan pilihan raya umum 1982-2013 dan helaian mata/score sheet keputusan pilihan raya umum 1995 hingga 2013 bagi kawasan kajian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengikut Saluran Mengundi dan Daerah Mengundi dan juga kajian sekunder daripada kertas kerja dan artikel jurnal, didapati bahawa kemenangan BN disebabkan oleh komposisi etnik campurannya serta pertambahan pemilih dan isu semasa di peringkat setempat dan nasional yang memihak kepada BN. Seterusnya, kemenangan PAS dengan majoriti 1972 undi pada PRU 2008 pula diakibatkan ‘tsunami politik’ 2008 melalui sokongan padu pengundi Cina dan India serta sebahagian peneroka Melayu bandar. Namun BN berjaya menawan semula kawasan ini pada PRU 2013 dengan majoriti 866 undi melalui sokongan pengundi Melayu bandar yang berpendapatan sederhana di Kampung Bharu, Keramat dan Kampung Pandan serta undi pos dan undi awal. Dalam masa yang sama PAS masih mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan India bandar serta golongan Melayu profesional.

Item Type:Article
Keywords:etnik, geografi pilihan raya, keputusan pilihan raya, lokasi geografi, parlimen, pemilih
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8903
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 21:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page