Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: kajian kes di Lembah Lenggong

Mastura Jaafar, and Munira Mhd Rashid, and Norziani Dahalan, (2015) Memperkasa daya saing destinasi warisan luar bandar menerusi pembangunan perniagaan mikro dan kecil: kajian kes di Lembah Lenggong. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 43-54. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
269kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kajian ini telah mengenal pasti ciri-ciri dan mengukur prestasi perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan di sebuah destinasi warisan luar bandar iaitu di Lembah Lenggong, Perak. Ciri-ciri perniagaan telah dikenalpasti berdasarkan jenis perniagaan, status pendaftaran perniagaan, cara memulakan perniagaan, saiz dan tempoh perniagaan serta cara pemasaran. Prestasi perniagaan telah diukur berdasarkan prestasi jualan dan keuntungan serta kepuasan pemilik terhadap prestasi perniagaan dalam tempoh masa tiga tahun (2011-2013). Hasil kajian ke atas 106 perniagaan mikro dan kecil berkaitan pelancongan ini amat bermanfaat bagi membantu bakal usahawan, pemilik perniagaan serta pihak kerajaan dalam usaha memahami dan membangunkan perniagaan mikro dan kecil di sebuah destinasi pelancongan warisan luar bandar yang bertaraf dunia. Implikasi utama kajian ini memfokuskan kepada kepentingan kepada perancangan yang strategik untuk mengupayakan komuniti tempatan bagi menyokong kelansungan dan daya saing Lembah Lenggong di masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:destinasi pelancongan, kepuasan perniagaan, Lembah Lenggong, perniagan mikro dan kecil, prestasi perniagaan, warisan luar bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8904
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 21:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page