Perspektif asas penderiaan jauh

Ang, Kean Hua (2015) Perspektif asas penderiaan jauh. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 77-86. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
944kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Remote Sensing merupakan satu perkakas yang mempunyai kebolehan cerapan maklumat mengenai permukaan bumi dan permukaan air dengan menggunakan teknologi satelit dan mentafsirkannya ke dalam imej atau gambar dengan menggunakan spektrum elektromagnet melalui sinaran elektromagnet. Sejarah remote sensing memaparkan beberapa kegagalan seperti pengambilan imej permukaan bumi dengan menggunakan belon udara, layang-layang, dan kapal terbang sebelum wujudnya teknologi satelit yang dilancarkan ke angkasa lepas. Terdapat beberapa proses cerapan maklumat seperti gambaran objek fizikal ‘ditangkap’ oleh sensor, sensor menghasilkan maklumat ke dalam bentuk data, dan pengekstrakkan maklumat dilakukan sebelum imej tersebut boleh diapplikasikan kedalam bidangbidang tertentu. Objek-objek fizikal ini boleh wujud dalam pelbagai bentuk dan jenis, dimana ianya bergantung kepada pantulan semula cahaya ke satelit daripada sinaran matahari. Contohnya, tiga jenis warna utama yang selalu diapplikasikan dalam kehidupan seharian seperti biru, merah dan hijau. Namun, pelbagai objek yang wujud di atas permukaan bumi ini terdiri daripada berbagai-bagai jenis warna yang bercampur-aduk, seperti kuning, cyan, magenta, dan sebagainya. Pantulan cahaya yang berbagai ini sangat penting dalam menentukan sesuatu objek yang wujud secara statik atau disebaliknya, sangat diperlukan oleh pakar-pakar dalam bidang tertentu. Antara applikasi yang digunakan dalam seharian adalah Sistem Identifikasi Tapak Penangkapan Ikan, Sistem Pangkalan Data Geospatial Bersepadu dan Perancangan (IGDP), Sistem Pengawasan dan Ramalan Hasil Beras, Pengawasan Kawasan Sensitif Alam Sekitar, Pengurusan Bencana, Kesihatan Persekitaran, dan Inventori Biodiversiti. Oleh itu, applikasi remote sensing telah menyumbangkan pelbagai faedah kepada manusia sejagat bukan sahaja untuk masa dahulu, tetapi juga untuk pada hari ini serta membantu dalam peramalan untuk masa depan.

Item Type:Article
Keywords:cerapan maklumat, ekstraksi maklumat, maklumat deria, ‘tangkapan’imej, peramalan, Remote Sensing, teknologi satelit
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8907
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 21:33
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page