Kesejahteraan subjektif: kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor

Zaimah, R., and Suhana Saad, and Azima, A. M., and Mohd Yusof Hussain, and Mohd Samsudin, and Mustaffa Omar, and Ishak Yussof, (2015) Kesejahteraan subjektif: kajian kes nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 87-94. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
195kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kertas bertujuan membincangkan tahap kesejahteraan hidup nelayan di Sedili, Kota Tinggi, Johor. Objektif khusus kertas ialah mengukur tahap kesejahteraan hidup nelayan dan membuat perbandingan tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dengan nelayan laut dalam. Selain itu, hubungan antara tahap kesejahteraan hidup nelayan pantai dan nelayan laut dalam dengan umur, bilangan tanggungan, tempoh masa menjadi nelayan, pendapatan bulanan dan pendapatan keluarga responden turut dianalisa. Tahap kesejahteraan hidup diukur secara subjektif berdasarkan persepsi nelayan terhadap 10 pernyataan berkaitan kehidupan seharian mereka menggunakan 5-skala likert. Sejumlah 200 orang nelayan dianalisis dalam perbincangan ini. Hasil kajian menunjukkan tahap kesejahteraan hidup nelayan adalah pada tahap yang tinggi, baik nelayan pantai ataupun nelayan laut dalam. Meskipun begitu, penglibatan pihak berkuasa dalam meningkatkan tingkat kehidupan masyarakat nelayan amat penting untuk mencapai tingkat pendapatan yang lebih tinggi agar kesejahteraan hidup sebenar dapat dinikmati.

Item Type:Article
Keywords:bantuan kewangan, kesejahteraan hidup, nelayan pesisir pantai, nelayan laut dalam, pengukuran subjektif, taraf hidup
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8908
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 21:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page