Mengurus ruang jenayah: suatu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia

Nor-Ina Kanyo, and Norizan Hj. Md.Nor, and Ruslan Rainis, and Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, and Norita Jubit, (2015) Mengurus ruang jenayah: suatu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 107-117. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
249kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pemerintah mahupun masyarakat awam. Pelbagai pendekatan dan usaha terus dijalankan dalam menanganinya, namun kadar jenayah negara masih kurang berkesan ditangani pada keseluruhannya. Artikel ini mengupas, meneliti dan mengetengahkan beberapa dasar yang telah dilakukan kerajaan Malaysia dalam mengurangkan kadar pelakuan jenayah di negara ini. Penelitian dasar difokuskan kepada penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) pada 1993 dan terbentuknya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berprinsipkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan manjadi landasan pembentukan National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. Hasil tinjauan menunjukkan dasar pengurangan jenayah telah berjaya dalam membendung permasalahan jenayah negara secara keseluruhannya.Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam usaha pengurangan masalah pelakuan jenayah di Malaysia telah meningkatkan imej Malaysia sebagai antara negara yang diiktiraf di peringkat global sebagai paling selamat dan aman.

Item Type:Article
Keywords:pelakuan jenayah, senario jenayah, keselamatan, penelitian dasar, GTP, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8910
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 22:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page