Wanita Perpatih dan keusahawanan di Negeri Sembilan: suatu tinjauan geografi sejarah

Midawati, and Amriah Buang, (2015) Wanita Perpatih dan keusahawanan di Negeri Sembilan: suatu tinjauan geografi sejarah. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 11 (2). pp. 128-139. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
337kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?cont=a&it...

Abstract

Kedudukan wanita dalam Adat Perpatih adalah sangat penting kerana melalui mereka zuriat nasab ibu diturunkan. Wanita berperanan sebagai pewaris harta pusaka seperti tanah dan rumah. Hal ini menjadi asas kepada kemandirian ekonomi dan kemunculan keusahawanan mereka. Kajian ini merupakan tinjauan geografi sejarah keusahawanan wanita Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang menggunakan sumber-sumber maklumat dan literatur sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa sejak kedatangan peniaga Minangkabau dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat pada abad 11 hingga 12 keusahawanan wanita Adat Perpatih di Rembau telah dapat berkembang sehingga ke abad19. Kemudian telah berlaku penurunan ekoran daripada polisi tanah dan pertanian penjajahan Inggeris dan terhakisnya pengaruh budaya asal Minangkabau yang kesemuanya mengakibatkan berkurangnya peranan wanita Adat Perpatih Rembau dalam pertanian dan keusahawanan. Kini, wanita Adat Perpatih Rembau yang tinggal di kampung bergantung kepada kiriman dan pemberian wang daripada keluarga mereka yang merantau di bandar. Tanah-tanah pusaka mereka telah menjadi tanah terbiar dan kebun getah mereka telah menjadi hutan.

Item Type:Article
Keywords:budaya Adat Perpatih, dasar tanah penjajah, kawasan budaya, kedudukan wanita, keusahawanan, tanah terbiar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:8912
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jul 2015 22:29
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page