Ahmad, A.K. and Siti Hafizah, A. and Shuhaimi-Othman, M. (2015) Potensi makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di Sungai Ikan, Hulu Terengganu, Terengganu. Sains Malaysiana, 44 (5). pp. 663-670. ISSN 0126-6039
|
PDF
939kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil5_2...
Abstract
Suatu kajian telah dijalankan untuk menentukan potensi makroinvertebrat bentik sebagai penunjuk biologi di hulu Sungai Ikan, Terengganu. Sebanyak lima stesen pensampelan telah dipilih untuk pensampelan makroinvertebrat bentik dan analisis kualiti air. Pensampelan makroinvertebrat bentik telah dilakukan menggunakan jaring Surber dan analisis kualiti air dilakukan menurut kaedah APHA. Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS) telah digunakan untuk menilai parameter kualiti air di kawasan kajian dan hasil menunjukkan Sungai Ikan berada dalam keadaan baik iaitu kelas I hingga II. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa kesemua parameter air yang diuji adalah seragam di sepanjang kawasan kajian (p>0.05, α=0.05). Sebanyak 2 filum, 3 kelas, 8 order, 39 famili dan 1353 individu telah dikenal pasti dan didominasi oleh famili Baetidae, Siphlonuridae, Simuliidae, Chironomidae dan Elmidae. Famili dominan didapati hadir pada hampir kesemua stesen pensampelan. Memandangkan kualiti air adalah baik dan tidak berubah sepanjang kawasan kajian, ujian CCA dilakukan untuk memperlihatkan faktor persekitaran lain yang mempengaruhi sebaran makroinvertebrat terutamanya famili dominan. Hasil ujian CCA menunjukkan pengaruh persekitaran yang khusus terhadap famili tertentu dan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sebaran makroinvertebrat bentik. Ujian korelasi menunjukkan batuan besar mempunyai pengaruh besar terhadap sebaran famili Baetidae, Siphlonuridae dan sub-famili Orthocladiinae, manakala komposisi pasir pula mempunyai pengaruh terhadap famili Elmidae. Hasil kajian ini menunjukkan dalam ekosistem yang bersih, faktor persekitaran habitat adalah kritikal untuk diambil kira dalam menentukan taksa tertentu yang sesuai digunakan sebagai penunjuk biologi ekosistem sungai rekreasi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekologi air tawar; makroinvertebrat bentik; penunjuk biologi; sungai |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 8931 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 26 Jul 2015 08:58 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page