Kata sapaan separa rasmi dalam masyarakat Minangkabau di Kabupaten 50 kota dan daerah Rembau : suatu kajian perbandingan

Reniwati, and Ab. Razak Ab. Karim, (2015) Kata sapaan separa rasmi dalam masyarakat Minangkabau di Kabupaten 50 kota dan daerah Rembau : suatu kajian perbandingan. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (1). pp. 63-70. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
274kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Sebahagian besar daripada nama suku di Negeri Sembilan merupakan nama sesuatu kawasan di Kabupaten 50 Kota. Berdasarkan pada fakta ini, seringkali dikatakan bahawa kata sapaan dialek Negeri Sembilan berasal dari daerah kabupaten tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membandingkan bentuk kata sapaan di kedua-dua kawasan kajian ini. Kata sapaan yang dibandingkan ialah kata sapaan yang digunakan dalam majlis separa rasmi. Data dikumpulkan dengan menggunakan kaedah semak dengan satu set teknik dasar dan teknik lanjut dan dianalisis dengan menggunakan kaedah padan pragmatis dan kaedah agih dengan satu set teknik dasar dan teknik lanjut. Kemudian, data dianalisis dengan teori sapaan yang dikemukakan oleh Ervin-Tripp (1972, 1976, 1986)). Dapatan daripada kajian ialah: bentuk kata sapaannya berbagai-bagai sesuai dengan kondisi sosial dan angkubah sosial daripada orang yang disapa; bentuk bahasa lain yang menyertainya selaras dengan bentuk kata sapaan; dan bentuk kata sapaan yang digunakan cenderung tidak memperlihatkan urutan unsur. Hasil daripada perbandingan diperoleh dapatan bahawa bentuk kata sapaan di kedua-dua kawasan kajian tidak hanya menunjukkan persamaan juga menunjukkan perbezaan.

Item Type:Article
Keywords:kata sapaan, Minangkabau, Perbandingan, Daerah Kabupaten, Rembau
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8940
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Jul 2015 16:08
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page