Strategi diplomatik bervariasi suatu kearifan lokal dalam pemerintahan Kesultanan Melayu

Salmah Jan Noor Muhammad, (2015) Strategi diplomatik bervariasi suatu kearifan lokal dalam pemerintahan Kesultanan Melayu. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 79-93. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
361kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Strategi diplomatik bervariasi merupakan hasil ciptaan intelektual pemerintah kerajaan pada zaman kesultanan Melayu. Strategi ini dibentuk bukan hanya tertumpu kepada hubungan baru semata, namun ia juga berfokuskan kepada pengukuhan hubungan diplomatik sedia ada. Menerusi naskhah Melayu lama, kebanyakan strategi diplomatik bervariasi ini mendapat reaksi positif daripada kerajaan lain, yang mana kerajaan tersebut bersetuju dan bersedia untuk menjalinkan, meneruskan atau memperbaiki semula hubungan yang terputus. Hal ini menunjukkan bahawa strategi yang dihasilkan oleh orang Melayu adalah mantap, bermatlamat dan berkualiti. Ternyata, kearifan lokal masyarakat Melayu ini sangat berharga dan perlu dititikberatkan. Antara strategi diplomatik bervariasi yang dimaksudkan ialah a) strategi hubungan diplomatik secara serentak, b) strategi dua dalam satu, c) strategi muslihat keamanan, d) strategi kerjasama membanteras musuh, dan e) strategi mempertautkan semula hubungan diplomatik. Rangkuman strategi ini akan dibincangkan dengan merujuk naskhah Melayu lama sebagai bahan perbincangan utama.

Item Type:Article
Keywords:Strategi, Diplomatik, Kerajaan, Pemerintahan, Melayu, Kesultanan
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8941
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Jul 2015 15:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page