Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional

Zurakintan Abdul Razak, and Che Ibrahim Salleh, (2015) Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (2). pp. 121-129. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
226kB

Official URL: http://www.ukm.my/iman/index.php/en/

Abstract

Artikel ini membincangkan konsep pemikiran Melayu yang bersangkutan dengan ilmu dan adab yang secara tersiratnya dikupas melalui puisi Melayu tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu tradisional ini merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan. Dalam pengkajian karya sastera khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran yang cuba disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan atau teladan dan pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan individu atau masyarakat dalam sesebuah negara. Selain itu, pemikiran ialah sesuatu yang terbuku di fikiran dan cuba diluahkan dengan menggunakan wahana yang tertentu. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang digunakan ialah puisi Melayu tradisional yang diharapkan agar terus dapat menjadi wadah ke arah pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif, cendekia, dan seiringan dengan aliran pemikiran Islam yang bersandarkan wahyu dari Allah SWT untuk menjadi petunjuk kepada manusia di bumi ini.

Item Type:Article
Keywords:Pemikiran Melayu, ilmu, adab, puisi Melayu tradisional
Subjects:P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:8944
Deposited By: Mrs Noor Marina Yusof
Deposited On:27 Jul 2015 15:27
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page