Kesan penggunaan rumpai laut sebagai agen penapis semula jadi dalam pengkulturan intensif rotifer Brachionus plicatilis

Razak, A.A.R. and Zaidi, C.C. and Zainoddin, J. and Majid, A.M. and Toda, T. and Othman, B.H.R. (2015) Kesan penggunaan rumpai laut sebagai agen penapis semula jadi dalam pengkulturan intensif rotifer Brachionus plicatilis. Sains Malaysiana, 44 (6). pp. 891-898. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid44bil6_2...

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menilai kesan penggunaan tiga spesies rumpai laut iaitu Ulva sp., Gracilaria sp. dan Kappaphycus sp. sebagai agen penapis semula jadi untuk menstabilkan pengkulturan rotifer dengan menggunakan petunjuk kaedah kuantitatif iaitu membandingkan nilai pertumbuhan seketika per hari rotifer Brachionus plicatilis. Kadar pertumbuhan seketika per hari rotifer dengan penggunaan Ulva sp. (p<0.01), Gracilaria sp. (p<0.05) dan Kappaphycus sp. (p<0.05) pada berat basah 7 g dalam 10 L air laut menunjukkan kesan yang ketara berbanding kawalan. Bagi kesemua rumpai laut yang diuji, keputusan menunjukkan setelah tercapainya nilai min kadar pertumbuhan seketika per hari rotifer yang tertinggi, penambahan jumlah berat penggunaan rumpai laut memberikan kesan penurunan kepada kadar pertumbuhan seketika rotifer. Keputusan menunjukkan Ulva sp. sesuai digunakan sebagai penapis biologi.

Item Type:Article
Keywords:Brachionus plicatilis; kadar pertumbuhan; kultur; penapis semula jadi; rumpai laut
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:8970
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Jul 2015 15:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page