Relevansi aplikasi sanad dalam Pengajian Islam pada masa kini

Sakinah Saptu, and Wan Nasyrudin Wan Abdullah, and Latifah Abd. Majid, and Ahamad Asmadi Sakat, (2015) Relevansi aplikasi sanad dalam Pengajian Islam pada masa kini. Al-Hikmah, 7 (1). pp. 102-118. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
375kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Mutakhir ini sikap ekstrem sesetengah pihak dalam mementingkan sanad berlaku dalam pengajian Islam.Sikap ini telah melahirkan tanggapan bahawa apa sahaja ilmu berkaitan dengan agama Islam perlu kepada sanad. Ia juga menyebabkan segelintir masyarakat beranggapan bahawa menjadi kesalahan, jika ilmu agama dipelajari tanpa melalui sistem sanad. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mengenalpasti tujuan sanad pada zaman dahulu dan kini dan mengenalpasti adakah aplikasi sanad masih releven pada masa kini. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah. Data pula dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa sanad pada zaman dahulu bertujuan untuk (1) mengenalpasti identiti para perawi yang terkandung dalam jalur periwayatan hadith (2) menilai status para perawi dari sudut ‘adalah dan dhabit (3) menentukan kredibiliti para perawi dalam periwayatan sama ada ianya diterima atau ditolak dan (4) menentukan kesahihan sesebuah hadith. Manakala pada zaman ini, tujuan sanad lebih untuk (1) mengekalkan silsilah (rantaian) sanad(2) meneruskan tradisi pembelajaran ulama terdahulu (3) mendapatkan tabarruk (keberkatan) lantaran terdapat kesinambungan sanad tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Dengan itu, aplikasi sanad dalam pengajian Islam pada masa kini dilihat tidak relevan lantaran tujuan sanad sudah tertunai. Di samping, keberadaan sanad kurang bermanfaat kerana para perawi di zaman sekarang tidak boleh diperiksa kredibilitinya.

Item Type:Article
Keywords:Relevansi Aplikasi Sanad; Tujuan Sanad; Sejarah Sanad; Sanad Masa Kini
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9001
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2015 10:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page