Hubungan pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah

Ahmad Sahlan Abdul Hatim, and Rosmawati Mohamad Rasit, (2015) Hubungan pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. Al-Hikmah, 7 (1). pp. 132-148. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
306kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Pelaksanaan aktiviti dakwah di sekolah dilihat sebagai usaha untuk melahirkan pelajar yang menghayati ajaran Islam serta memiliki akhlak yang mulia. Namun, kelemahan serta kekurangan dari segi pelaksanaan dan pengisian menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Kesan daripada kurangnya penghayatan terhadap aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan serta nilai-nilai murni dalam diri membawa kepada gejala keruntuhan serta penampilan akhlak yang negatif. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian dilihat mampu merealisasikan pembinaan insan serta membentuk pelajar yang memiliki akhlak mulia serta peribadi yang tinggi kesan daripada nilai-nilai murni yang diterapkan. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian dengan penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah. Kajian ini juga turut bertujuan untuk menganalisis pengaruh faktor pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan melalui pengedaran instrumen soal selidik dan dianalisis secara statistikal inferensi. Seramai 300 orang pelajar tingkatan empat dari empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di negeri Kedah telah dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan rawak mudah. Hasil kajian daripada ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pelaksanaan aktiviti dakwah melalui kesenian di sekolah dengan penerapan nilai-nilai murni (r=0.527, ρ=0.00). Manakala ujian Regresi Linear pula mencatatkan dapatan yang signifikan iaitu R²=0.278 (β= 0.527) yang menyumbang sebanyak 27.8 peratus nilai varians. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pemboleh ubah kajian ini turut menyumbang sebagai faktor terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasian kesenian dalam usaha menyampaikan dakwah dilihat sebagai satu kaedah yang mampu memberi impak yang berkesan terhadap penerimaan mesej dakwah seterusnya melahirkan pelajar yang berakhlak dan memiliki sahsiah yang unggul.

Item Type:Article
Keywords:Pelaksanaan Dakwah Melalui Keseniaan; Penerapan Nilai-Nilai Murni; Pelajar Sekolah
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9003
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2015 10:16
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page