Konsep jihad Yusuf al-Qaradawi dalam karya Fiqh al-Jihad

Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi, and Ahmad Dahlan Salleh, (2015) Konsep jihad Yusuf al-Qaradawi dalam karya Fiqh al-Jihad. Al-Hikmah, 7 (1). pp. 149-171. ISSN 1985--6822

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/i...

Abstract

Ketokohan Yusuf al-Qaradawi dari sudut ilmu yang luas dan mengakar kuat dalam pelbagai bidang menjadikan beliau sebagai seorang tokoh rujukan kontemporari yang cukup berpengaruh. Sikap moderat tanpa fanatik terhadap mana-mana mazhab menjadikan idea beliau sangat progresif, inovatif, tidak terjebak pada kejumudan dan mampu menyelesaikan pelbagai masalah secara komprehensif. Melalui kitab Fiqh al-Jihad, al-Qaradawi menjadikan teknik penulisan bermetodologi sebagai asas di dalam merungkai dan mengimbangi tuntutan jihad di antara kumpulan ofensif dan defensif, ekstremis dan liberal. Namun usaha beliau untuk menonjolkan Islam sebagai agama yang toleran, realistik dan berkasih sayang tanpa menggadaikan prinsip-prinsip agama terus menjadi kontroversi dan polemik dalam kalangan para pemikir Islam. Jesteru, kajian ini mengupas metode penulisan Fiqh al-Jihad serta impaknya terhadap pemahaman konsep jihad itu sendiri. Metodologi kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan. Teknik pengumpulan data iaitu analisis dokumen digunapakai dan data-data tersebut kemudiannya dianalisis melalui kaedah perbandingan dan induktif. Hasil kajian membuktikan bahawa ketepatan metode penulisan Fiqh al-Jihad yang diselaras dengan kemantapan ilmu, al-Qaradawi mampu menghasilkan sebuah ensiklopedia jihad yang lengkap, adil, berimbang dan menyeluruh. Kefahaman yang dijana melalui buku ini sangat signifikan kepada segenap lapisan masyarakat sekaligus mampu dijelmakan sebagai solusi di dalam mengangkat martabat Islam melalui pemahaman jihad yang tepat.

Item Type:Article
Keywords:Yusuf Al-Qaradawi; Fiqh Al-Jihad; Ofensif; Defensif; Ekstremis; Liberal
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:9004
Deposited By: ms aida -
Deposited On:13 Sep 2015 10:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page