Analisis Khasiat Bawang Merah Terhadap Kesihatan dari Perspektif Sarjana Perubatan Islam dan Kajian Saintifik

Mohammad Amir Wan Harun, and Aminuddin Ruskam, and Ahmad Syukran Baharuddin, and Rashidah Othman, and Mohd Ariff Abdul Sarip, (2015) Analisis Khasiat Bawang Merah Terhadap Kesihatan dari Perspektif Sarjana Perubatan Islam dan Kajian Saintifik. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13 (1). pp. 15-21. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
157kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/588

Abstract

Bawang merah merupakan tumbuhan yang mengandungi pelbagai khasiat dan telah dijadikan sebagai makanan dan ubatan sejak dahulu lagi oleh pelbagai kaum dan bangsa. Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti khasiat bawang merah terhadap tubuh manusia dari perspektif sarjana-sarjana perubatan Islam dan kajian-kajian saintifik. Data-data literatur telah dikumpulkan dari empat buah buku perubatan Islam dan 14 artikel daripada pelbagai jurnal berkaitan. Data terkumpul dianalisis menggunakan Nvivo10.0 bagi membentuk kategori bersesuaian seterusnya menghasilkan dapatan kajian. Hasil kajian menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 17 khasiat bawang merah yang merangkumi enam khasiat dari perspektif sarjana perubatan Islam seperti merawat penyakit mata sentiasa berair, merawat masalah dalam telinga, merawat jangkitan dari gigitan anjing, meneutralkan racun, merangsang syahwat dan merawat penyakit akibat air tercemar. Manakala 11 manfaat lagi dikenal pasti daripada kajian-kajian saintifik seperti ia merupakan agen antiplatelet, agen anti-pembentukan lemak, agen antioksidan, agen antitrombotik, agen antikarsinogen, agen antidepresen/ antimurung, agen antiinfl amasi, agen antiasma, agen antibiotik, menurunkan tahap hiperglisemia dan mengurangkan risiko penyakit aterosklerosis. Justeru kajian ini mencadangkan agar bawang merah diketengahkan sebagai salah satu rawatan organik serta alternatif kepada rawatan konvensional sedia ada.

Item Type:Article
Keywords:Bawang merah; Allium Cepa L.; khasiat; sarjana perubatan Islam; kajian saintifiks
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:9010
Deposited By: Mr. Al-Hapiz
Deposited On:16 Oct 2015 08:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page