Pembangunan Ujian Teks Bacaan Perkataan Berkait Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia

Rokiah Omar, and Noorhalilah Bauri, and Victor Feizal Knight, and Zainora Mohammed, (2015) Pembangunan Ujian Teks Bacaan Perkataan Berkait Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13 (1). pp. 51-56. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
106kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/588

Abstract

Ujian teks bacaan Bahasa Melayu telah dibangunkan untuk menilai prestasi membaca kanak-kanak sekolah rendah. Seramai 120 pelajar Tahap 1 (purata umur 8.5 ± 0.5 tahun) dan Tahap 2 (purata umur 10.5 ± 0.5 tahun) berpenglihatan normal telah dipilih secara rawak. Subjek diminta membaca lima teks bacaan secara rawak dengan kuat. Masa selesai membaca setiap teks bacaan diukur dan sebarang kesalahan menyebut perkataan direkodkan. Purata kelajuan membaca dan kadar membaca diukur sebagai perkataan per minit (ppm). Kelajuan membaca Tahap 1 adalah 88.81 ± 1.95 {ralat piawai (RP)} ppm dan kadar membaca pula adalah 87.20 ± 1.98 (RP) ppm. Bagi Tahap 2, kelajuan membaca adalah 108.12 ± 1.66 (RP) ppm manakala kadar membaca adalah 107.22 ± 1.67 (RP) ppm. Kelajuan dan kadar membaca di antara subjek bagi setiap teks bacaan menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p > 0.05) dengan nilai p bagi kedua-duanya adalah 0.91 manakala bagi tahap 2 pula nilai p adalah 0.57. Perbandingan di antara teks bacaan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifi kan (p > 0.05). Semua teks bacaan adalah homogen secara statistik maka teks bacaan yang dibangunkan boleh dipilih secara rawak semasa ujian dan tidak akan memberi kesan kepada penilaian prestasi membaca di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:Ujian teks bacaan; kelajuan membaca; kadar membaca
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:9014
Deposited By: Mr. Al-Hapiz
Deposited On:16 Oct 2015 08:44
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page