Profil Toksikologi Ekstrak Heksana Alpinia conchigera (Lengkuas Kecil) Secara In vitro

Ahmad Rohi Ghazali, and Fazrina Hamzah, and Norizah Awang, and Wan Marahaini Wan Razali, (2015) Profil Toksikologi Ekstrak Heksana Alpinia conchigera (Lengkuas Kecil) Secara In vitro. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 13 (1). pp. 69-76. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
281kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/588

Abstract

Alpinia conchigera (lengkuas kecil) merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan sebagai rawatan alternatif dalam bidang perubatan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan sitotoksik, genotoksik serta mod kematian sel yang disebabkan oleh ekstrak heksana A. conchigera ke atas sel hepar Chang. Asai MTT selama 24 jam telah dijalankan untuk mengenal pasti peratus viabiliti sel hepar Chang setelah dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera. Keputusan menunjukkan terdapat penurunan viabiliti sel secara signifi kan (p < 0.05) dengan nilai IC50 (8.6 μg/ml) berbanding kawalan negatif. Berdasarkan nilai IC50 ini, pewarnaan AO/PI dilakukan untuk menentukan mod kematian sel hepar Chang iaitu sama ada secara apoptosis atau nekrosis. Didapati bahawa terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi mod kematian sel hepar Chang secara apoptosis berbanding kawalan negatif. Dalam kajian ini, penentuan tahap kerosakan DNA sel hepar Chang turut dilakukan dengan menggunakan asai komet beralkali dengan nilai IC10 dan IC25 yang diperoleh daripada asai MTT (4 μg/ml dan 6 μg/ml) masing-masing. Setelah sel hepar Chang dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera selama 2 jam, didapati terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi peratus kerosakan DNA bagi kumpulan rawatan berbanding kawalan negatif. Kesimpulannya, ekstrak heksana A. conchigera memberi kesan sitotoksik dan genotoksik terhadap sel hepar Chang serta menyebabkan kematian sel secara apoptosis.

Item Type:Article
Keywords:Alpinia conchigera; sitotoksik; genotoksiks
Subjects:R Medicine > RA Public aspects of medicine
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:9016
Deposited By: Mr. Al-Hapiz
Deposited On:16 Oct 2015 08:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page