Pelaburan langsung asing, pertumbuhan ekonomi dan kualiti pembangunan pasaran saham – analisis panel

Nor Hakimah Haji Mohd. Nor, and Low, Soo Wah and Abu Hassan Shaari Md Nor, (2015) Pelaburan langsung asing, pertumbuhan ekonomi dan kualiti pembangunan pasaran saham – analisis panel. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (1). pp. 49-60. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
716kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2015.html

Abstract

Kajian ini mengkaji tentang peranan kualiti pembangunan pasaran saham sebagai pemangkin kepada pelaburan langsung asing (FDI) dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dengan menggunakan sampel 30 buah negara maju dan membangun sepanjang tempoh 1999 sehingga 2009, dengan menggunakan kaedah dinamik panel momen teritlak (GMM). Kualiti pembangunan pasaran saham dikaji melalui dua dimensi iaitu tahap kecairan pasaran dan kecekapan harga di mana masing-masing diukur oleh nisbah jumlah perolehan diskala oleh turun naik pulangan dan kesegerakkan harga saham. Dapatan kajian menunjukkan bahawa negara yang mempunyai kualiti pembangunan pasaran saham yang tinggi yang diukur oleh tahap kecairan pasaran dan kecekapan harga yang tinggi mendapat lebih manfaat kesan pertumbuhan daripada FDI. Dalam konteks yang lebih luas, kajian ini mewujudkan satu bentuk keupayaan menyerap yang baru di mana pembangunan pasaran saham dari sudut kualiti mengandungi elemen penting dalam mempengaruhi kesan FDI ke atas pertumbuhan ekonomi. Tinjauan penyelidikan ini menyarankan kepentingan tumpuan perhatian kepada pembangunan pasaran saham dari sudut kualiti bagi membolehkan FDI bertindak sebagai pemacu penting dalam pertumbuhan ekonomi. Dapatan kajian menyumbang kepada pengembangan literatur dan pemahaman yang lebih jelas berkenaan hubungan FDI-pembangunan kewangan-pertumbuhan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Pelaburan langsung asing; kualiti pembangunan pasaran saham; pertumbuhan ekonomi
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:9029
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 08:19
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page