Fidlizan Muhammad, and Azila Abdul Razak, and Mohd Yahya Mohd Hussin, (2015) Kesan bantuan kewangan luar terhadap indikator pembangunan di ASEAN: analisis panel. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (1). pp. 61-70. ISSN 0127-1962
|
PDF
672kB |
Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2015.html
Abstract
Kertas ini bertujuan mengkaji hubungan dan penyebab antara bantuan kewangan luar yang diterima oleh negaranegara ASEAN dengan tiga petunjuk pembangunan ekonomi iaitu indeks pendidikan, indeks jangka hayat dan indeks pembangunan manusia yang telah dianggar menggunakan kaedah data panel dinamik. Tempoh masa kajian bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2012 melibatkan tujuh buah negara ASEAN. Hasil kajian mendapati bantuan kewangan luar terhadap negara-negara ASEAN mempengaruhi secara positif ketiga-tiga petunjuk pembangunan dalam jangka panjang. Dalam jangka pendek, pemboleh ubah ini menunjukkan hubungan signifikan dan positif dengan indeks jangka hayat dan negatif dengan indeks pendidikan. Implikasi kajian ini menunjukkan bantuan kewangan adalah penting bagi negara-negara membangun untuk mencapai polisi pembangunan yang disasarkan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bantuan kewangan; pembangunan; penyebab; panel; ASEAN |
Journal: | Jurnal Ekonomi Malaysia |
ID Code: | 9030 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2015 08:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page