Pelaburan firma dan dasar monetari: analisis panel ke atas firma patuh syariah di Malaysia

Intan Nurul Nadia Mohd Napiah, and Zulkefly Abdul Karim, and Mohd Azlan Shah Zaidi, and Mohd Adib Ismail, (2015) Pelaburan firma dan dasar monetari: analisis panel ke atas firma patuh syariah di Malaysia. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (1). pp. 71-82. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
712kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2015.html

Abstract

Kertas ini mengkaji kesan perubahan dasar monetari ke atas saluran kunci kira-kira firma (balance sheet channel) dengan memberikan tumpuan kepada perbelanjaan pelaburan firma patuh syariah yang tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2003-2011. Kajian ini telah menggunakan kaedah data panel dinamik iaitu Generalized Method of Moments (GMM) untuk menguji dua saluran mekanisme transmisi dasar monetari iaitu saluran kadar bunga (interest rate channel) dan saluran kredit luas (broad credit channel) berdasarkan kepada rangka kerja teori pelaburan neoklasik. Sampel firma telah dibahagikan kepada firma bersaiz kecil dan besar untuk mengenalpasti kesan heterogen dasar monetari ke atas pelaburan mengikut saiz firma. Dapatan kajian menunjukkan kedua-dua saluran transmisi dasar monetari iaitu saluran kadar bunga dan saluran kredit luas adalah relevan di Malaysia. Ini menjelaskan pelaburan firma patuh syariah bertindak balas dengan perubahan dasar monetari. Namun, firma kecil didapati lebih bergantung kepada aliran tunai dalaman berbanding dengan firma besar. Justeru, penggubal dasar perlu mengambil kira ciri-ciri firma yang berbeza dalam pelaksanaan dasar monetari untuk memastikan keberkesanan dasar tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Dasar monetari, pelaburan firma, firma patuh syariah, data panel dinamik
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:9031
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 08:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page