Sumpahan sumber alam dan modal insan: satu penilaian semula

Jirsah A. Bakar Kunchu, and Tamat Sarmidi, (2015) Sumpahan sumber alam dan modal insan: satu penilaian semula. Jurnal Ekonomi Malaysia, 49 (1). pp. 83-92. ISSN 0127-1962

[img]
Preview
PDF
633kB

Official URL: http://www.ukm.my/fep/jem/content/2015.html

Abstract

Motivasi kajian ini ialah untuk menyediakan bukti empirikal peranan modal insan dalam menentukan sama ada sumber alam sebenarnya ialah satu “rahmat” atau “sumpahan”. Walaupun Sachs dan Warner (1995) mendapati sumber alam tidak membantu pertumbuhan ekonomi, namun tidak banyak diketahui mengenai hubungan antara sumber alam dan pendapatan. Berkemungkinan, walaupun hubungan antara negara kaya sumber alam dan pertumbuhan ekonomi adalah negatif, tetapi pendapatan benar di negara kaya sumber adalah positif. Kertas ini bertujuan mengkaji hubungan dinamik antara sumber alam, modal insan dan pendapatan di negara OIC dan bukan-OIC. Berbeza dengan kajian lepas yang banyak menekankan pertumbuhan, kajian ini menekankan pendapatan benar negara kaya sumber. Kajian juga mengambil kira faktor modal insan dalam menentukan pendapatan negara. Menggunakan pendekatan panel dinamik kaedah momen terilat (Generalized Method of Moments - GMM) untuk 149 negara dari tahun 1980-2010, dapatan kajian menunjukkan kekayaan sumber alam adalah “rahmat” daripada segi pendapatan sama ada di negara OIC mahu pun bukan-OIC. Menariknya, dapatan menunjukkan bahawa modal insan adalah faktor utama dalam menentukan “rahmat” atau “sumpahan” bagi negara yang kaya dengan sumber alam. Sumber alam yang melimpah ruah akan menjadi rahmat seiring dengan keutamaan memperkasa modal insan dalam membantu kepesatan ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:Sumpahan Sumber Alam; Modal Insan; OIC
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:9032
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 08:28
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page