Pembinaan semula fon Arab menggunakan lengkung Bézier kuartik

Nur ‘Afifah Rusdi, and Zainor Ridzuan Yahya, (2015) Pembinaan semula fon Arab menggunakan lengkung Bézier kuartik. Sains Malaysiana, 44 (4). pp. 1209-1216. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
787kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol44num8_2...

Abstract

Padanan lengkung merupakan salah satu masalah yang sering menjadi perhatian terutamanya dalam bidang kejuruteraan balikan sejak dua dekad lepas. Dalam kajian ini, suatu kaedah dan algoritma baru telah direka untuk melakar semula garisan fon Arab. Evolusi pembezaan (EP) telah digunakan untuk mencari penyelesaian yang optimum bagi masalah padanan lengkung dengan menggunakan lengkung Bézier kuartik. Proses padanan lengkung ini merangkumi langkah berikut: Pengekstrakan sempadan dan pengesanan bucu, pemparameteran panjang rentas dan akhir sekali padanan lengkung. Bagi memastikan nilai titik kawalan yang dipilih mampu menghasilkan lengkung berparameter yang menyerupai lengkung asal fon tersebut, jumlah ralat kuasa dua (JRKD) digunakan untuk menghitung perbezaan antara lengkung asal imej dan lengkung berparameter.

Item Type:Article
Keywords:Evolusi pembezaan; jumlah ralat kuasa dua; lengkung kuartik bézier; penyuaian lengkung
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:9053
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 11:20
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page