Penerbitan karya kesusasteraan Melayu di Penerbit UKM

Mohamad Salleh Sulieman, and Saadah Jaffar, (2015) Penerbitan karya kesusasteraan Melayu di Penerbit UKM. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 17-31. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
101kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639

Abstract

Penerbit UKM telah mencipta nama dalam bidang penerbitan ilmiah terutama sekali dalam genre buku dan jurnal. Artikel ini bertujuan menilai sejauh mana sumbangan dan peranan Penerbit UKM terhadap perkembangan bidang kesusasteraan Melayu di UKM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Katalog Buku Penerbit UKM 2011 yang dijadikan sebagai panduan data dan maklumat. Data ini kemudiannya diasingkan mengikut dua kategori iaitu karya akademik dan karya kreatif. Data diasingkan dalam jadual, carta dan graf bagi memudahkaan analisis. Dapatan kajian membuktikan angka penerbitan karya kesusasteraan Melayu masih kecil jika dilihat dalam tempoh 40 tahun Penerbit UKM ditubuhkan. Selain itu, penerbitan karya akademik dan karya kreatif kesusasteraan Melayu menunjukkan ketidakseimbangan yang ketara. Dapatan ini diharap dapat membantu Penerbit UKM mengoptimumkan peranannya sebagai penerbit universiti dalam memperkasakan kesusasteraan Melayu melalui penerbitan ilmiah.

Item Type:Article
Keywords:penerbitan; Penerbit UKM; karya kreatif; karya akademik; kesusasteraan Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9055
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 12:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page