Pengaruh Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah

Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, and Hanif Md Lateh @ Junid, and Hamizah Mohd Kadiron, (2015) Pengaruh Islam dalam undang-undang tubuh kerajaan Kedah. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 32-47. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
134kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639

Abstract

Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah digubal menjelang pertengahan abad ke-20M, setelah sekian lama British menjajah Tanah Melayu. Undang-undang ini digubal agak lama selepas penggubalan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai teks Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah dan pengaruh Islam ke atas undang-undang tersebut. Kepentingan kajian adalah untuk meneliti sejauh manakah unsur Islam diterapkan dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah walaupun ia digubal semasa era penjajahan British di Tanah Melayu. Metode yang digunakan adalah analisis kandungan, melalui pendekatan komparatif. Kajian mendapati bahawa kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menerima pengaruh Islam yang kuat walaupun bentuk persembahan dan susunan adalah menurut gaya British atau Barat.

Item Type:Article
Keywords:Undang-tubuh Tubuh Kerajaan Kedah; sejarah Kedah; perundangan Islam di alam Melayu; sistem politik Islam; perlembagaan negeri
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9056
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 12:04
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page