Pilihan Raya Umum (PRU) 2013: satu tinjauan kritis terhadap pola pengundian etnik Melayu

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Novel Lyndon, and Mohd Faidz Mohd Zain, (2015) Pilihan Raya Umum (PRU) 2013: satu tinjauan kritis terhadap pola pengundian etnik Melayu. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 64-91. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
193kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639

Abstract

Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 menyaksikan pola pengundian yang berbeza mengikut etnik. Berdasarkan analisis statistik model regresi yang dikira daripada keputusan PRU 2013 tersebut, bagi undi etnik Melayu, Barisan Nasional (BN) memperoleh 63.3 peratus berbanding hanya 36.7 peratus untuk parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Meskipun jumlah perolehan kerusi Parlimen bagi BN berkurang 7 kerusi (140 pada PRU 2008) kepada 133 kerusi iaitu gagal mendapat majoriti 2/3 dan mendapat undi popular hanya 46.5 peratus, namun undi popular etnik Melayu secara keseluruhannya masih memihak kepada BN melebihi 50 peratus sokongan iaitu 63 peratus. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis pola pengundian dan faktor sokongan pengundi berdasarkan lokasi dan kelas dalam PRU 2013. Berdasarkan data keputusan PRU 2013 bagi Parlimen, Dewan Undangan Negeri/DUN dan Daerah Mengundi serta Saluran Mengundi; dan juga pemerhatian di lapangan, secara keseluruhannya didapati BN terus menguasai kawasan Melayu luar bandar dan pengundi Melayu kelas pekerja namun pola tersebut berbeza mengikut lokasi negeri. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat berpengaruh di kawasan Melayu bandar dan pengundi Melayu kelas atasan dan pertengahan/berpendidikan tinggi. Kedua-dua keadaan sedemikian (penguasaan BN dan PR di kawasan dan kelas yang berbeza) disebabkan oleh sumber maklumat politik, keadaan ekonomi individu dan keluarga, politik pembangunan, faktor isu, kepemimpinan, ideologi politik, faktor sejarah dan juga faktor sosiologi seperti kekeluargaan, umur, jantina, tahap pendidikan, pendapatan, etnik, agama dan kelas. Dengan itu, dapatan kajian pola pengundian etnik Melayu dapat dijadikan panduan kepada parti-parti politik untuk merancang strategi bagi menawan undi etnik Melayu yang dominan di negara ini bagi menghadapi PRU-14 akan datang. Dengan itu, pola pengundian etnik Melayu dapat dikaitkan dengan tiga pendekatan yang digunakan dalam mengkaji tingkah laku mengundi iaitu pendekatan sosiologikal, pendekatan identifikasi parti dan pendekatan pilihan rasional.

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya Umum; pengundian; etnik; lokasi; kelas
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9058
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 12:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page