Koh, Young Hun and Ummi Hani Abu Hassan, (2015) Fenomena novel popular Islam di Malaysia dan Indonesia: bacaan khusus terhadap novel Ayat-ayat Cinta dan Salju Sakinah. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 92-102. ISSN 1675-7513
|
PDF
74kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639
Abstract
Artikel ini meneruskan perbincangan tentang novel popular Islam yang menjadi fenomena di Malaysia dan Indonesia sekitar awal tahun 2003 sehingga kini. Kecenderungan para penulis yang berlatar-belakangkan sastera Islam serius dan kemudiannya menghasilkan sastera Islam popular dilihat sesuatu yang ironis. Jika novel Islam serius menuntut penulis memaknakan falsafah dan pemikiran dalam karyanya, novel popular Islam pula dianggap ‘mengikut selera semasa’. Cirinya yang lain terdapat pada judul, ilustrasi dan kulit buku, tema serta latar-belakang penerbit. Kajian ini memfokuskan novel Salju Sakinah (2011) oleh Zaid Akhtar dan Ayat-Ayat Cinta (2006) oleh Habiburrahman El-Shirazy. Kajian mendapati bahawa dua penulis ini menjadikan ciri popular sebagai strategi untuk menyampaikan agama Islam dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, Zaid Akhtar memfokuskan penyampaian dakwah kepada Muslim di Malaysia dan Habiburrahman El-Shirazy mengutarakan hubungan harmoni antara Muslim dengan Kristian yang lebih global.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | novel popular Islam; Salju Sakinah; Ayat-Ayat Cinta; strategi dakwah; pemikiran |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9059 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2015 13:42 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page