Fais Awae, (2015) Fungsi alih kod dalam komunikasi masyarakat Melayu Patani. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 103-119. ISSN 1675-7513
|
PDF
194kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639
Abstract
Kertas kerja ini merupakan suatu penelitian terhadap alih kod dalam komunikasi masyarakat Melayu Patani, selatan Thailand. Dalam aspek kehidupan seharian, dialek Melayu Patani digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Pada masa yang sama, bahasa Thai juga digunakan secara meluas dan semakin mendapat sambutan dari semasa ke semasa, khususnya dalam kalangan mereka yang berpendidikan. Pengaruh kuat bahasa Thai terhadap dialek Melayu Patani telah mewujudkan satu lagi variasi sosial, iaitu kedua-dua bahasa sering digunakan secara bersilih ganti, atau lebih dikenali sebagai alih kod. Fokus kajian ini adalah untuk mengesan fungsi-fungsi alih kod dalam komunikasi masyarakat Melayu Patani, khususnya komuniti Melayu di kawasan Kedai Lama Yala, Wilayah Yala. Data primer penelitian ini berdasarkan 50 jam rakaman perbualan responden di kawasan yang dikaji. Hasil penelitian ini, sebanyak tujuh (7) fungsi alih kod dalam masyarakat Melayu Patani telah dikenal pasti. Antaranya, ialah alih kod yang berfungsi sebagai pengulangan, kata ganti nama diri, petikan, spesifikasi pesapa, pernyataan emosi, penjelasan lanjutan kepada sesuatu mesej, dan kemudahan ekspresi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | alih kod; campur kod; masyarakat Melayu Patani; dialek Melayu Patani; bahasa Thai |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9060 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2015 13:45 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page