Siti Khariah Mohd Zubir, (2015) Pembangunan sahsiah belia dan teori SPB4K dalam novel Nisah Haron. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 120-135. ISSN 1675-7513
|
PDF
127kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639
Abstract
Pemikiran bermaksud idea yang wujud daripada golongan intelektual yang menggunakan fakulti kritikan dalam mindanya untuk keputusan dan pemikiran secara kreatif. Pemikiran melibatkan peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi atau maklumat yang ditafsirkan akan memberi makna kepada individu. Pemikiran juga terlibat dalam aspek abstrak dan konkrit atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang individu. Manakala, pembangunan sahsiah belia pula dianggap penting untuk diberikan perhatian bagi memastikan sesebuah negara dapat menghasilkan kelangsungan pembangunan dan kemajuan yang telah dirancang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemikiran Nisah Haron untuk membangunkan sahsiah belia dalam karya, di samping untuk menganalisis pemikiran Nisah Haron dalam novel Melayu Tewarikh Cinta dan Lentera Mustika, Kajian ini menggunakan Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) yang diperkenalkan oleh Mohd Yusof Hassan untuk menganalisis teks. Pengkaji mendapati bahawa pemikiran kerohanian ialah tanggungjawab kepada Allah (Hablumminallah) iaitu solat dan rukun imam, manakala dalam pemikiran kebitaraan pengkaji menjumpai watak-watak yang cemerlang, bijaksana, bestari dan hebat. Seterusnya pemikiran kesaintifikan pula ditemui watak belia yang berkemampuan berbahasa dan cekap mengira. Akhir sekali pengkaji menjumpai pemikiran kekreatifan menerusi pembacaan puisi. Implikasi daripada kajian ini dapat membangunkan sahsiah belia, dapat membina jati diri dan menghayati nilai-nilai murni sejagat, berwawasan, bermatlamat, bercita-cita tinggi untuk berjaya dalam hidup.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | SPB4K; sahsiah belia; novel Melayu; Nisah Haron; kreativiti |
Journal: | Jurnal Melayu |
ID Code: | 9061 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Oct 2015 13:59 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page