Warkah sebagai medium diplomatik Kesultanan Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa barat

Salmah Jan Noor Muhammad, (2015) Warkah sebagai medium diplomatik Kesultanan Melayu dalam menjalinkan hubungan dengan kuasa barat. Jurnal Melayu, 14 (1). pp. 136-148. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
85kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/639

Abstract

Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu, warkah dijadikan sebagai medium penting oleh golongan sultan untuk melangsungkan atau mengukuhkan sesebuah hubungan diplomatik. Antara warkah yang telah dikirimkan oleh sultan Melayu kepada penguasa Barat adalah seperti Stamford Raffles, Francis Light dan Lord Minto. Lazimnya, kekuatan sepucuk warkah terletak kepada isi kandungan dan motif penyampaiannya. Oleh itu, perbincangan tulisan ini akan berfokuskan kepada elemen diplomatik yang terdapat dalam warkah yang telah mengangkat warkah sebagai salah satu medium penjalin hubungan dengan pihak penguasa Barat. Hasil dapatan menunjukkan bahawa elemen diplomatik yang dikenal pasti dalam warkah Melayu ialah; adanya kata-kata pengiktirafan, kesantunan berbahasa, dan juga iringan bingkisan hadiah. Sehubungan itu, perbincangan ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan Teori Diplomasi Islam yang diperkenalkan oleh Wang Yong Bao (Ahmed Musa) untuk menganalisis topik kajian.

Item Type:Article
Keywords:warkah; kesultanan; Melayu; diplomatik; Barat
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:9062
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Oct 2015 14:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page