Kata ganti nama dalam Bahasa Mendriq

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, and Mohd Romzi Ramli, (2015) Kata ganti nama dalam Bahasa Mendriq. GEMA: Online Journal of Language Studies, 15 (3). pp. 51-66. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema

Abstract

Orang Asli merupakan kaum minoriti yang merupakan peribumi pertama di Malaysia. Mereka merupakan kaum yang pertama menduduki negara ini iaitu 100 ribu tahun yang dahulu dan menuturkan bahasa yang berada di bawah kelompok Austroasiatik. Salah satu bahasa yang menarik perhatian pengkaji ialah bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang digunakan oleh kaum orang asli yang dikenali sebagai Mendriq. Mereka merupakan penduduk di sebuah kampung Orang Asli di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Namun begitu, bahasa ini dituturkan oleh sejumlah 245 orang sahaja, di sekitar tiga buah kampung iaitu di Kampung Kuala Lah, Kampung Baru dan Kampung Kuala Stail. Kertas kerja ini membincangkan dan menghuraikan ganti nama bahasa Mendriq. Kajian ini merupakan kajian lapangan yang telah dijalankan di Kuala Lah selama 6 bulan. Data kajian merupakan data primer yang dikutip daripada penutur natif bahasa Mendriq. Data dikumpulkan melalui kaedah bercerita seorang penutur natif bahasa Mendriq. Data ini telah diterjemahkan oleh penterjemah yang dilantik khas oleh Jabatan Orang Asli, Kelantan. Data ini terdiri daripada pelbagai jenis ayat. Namun begitu, kajian ini difokuskan pada ganti nama bahasa Mendriq sahaja. Ganti nama ini dianalisis secara deskriptif. Analisis deskriptif ganti nama mendapati bahawa ganti nama bahasa Mendriq mempunyai dua sifat. Sifat pertama ialah ada ganti nama yang mempunyai ketiga-tiga fungsi iaitu subjek, objek dan pemilik, atau sekurang-kurangnya dua daripada fungsi yang telah disebut. Sifat kedua ialah ada ganti nama yang hanya mempunyai satu fungsi sahaja, iaitu sebagai subjek atau objek, atau pemilik sahaja. Namun setiap jenis ini dapat mewakili ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga.

Item Type:Article
Keywords:ganti nama; Mendriq; analisis deskriptif; Orang Asli; Austroasiatik
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:9084
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2015 10:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page