Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu

Roshidah Hassan, (2015) Analisis penguasaan bunyi vokal Bahasa Perancis oleh pelajar Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 15 (3). pp. 99-120. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
874kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/gema

Abstract

Kajian ini melihat keupayaan pelajar Melayu mendiskriminasi dan mengujarkan bunyi bahasa Perancis, terutamanya bunyi vokal. Kebanyakan kajian dalam bidang pemerolehan bahasa kedua (B2) atau bahasa ketiga (B3) bermula dengan andaian bahawa bahasa pertama (B1) menjadi punca utama untuk kesulitan yang timbul dalam pemerolehan B2. Sistem B1 yang berbeza dengan B2 atau B3 diandaikan menjadi gangguan dalam pemerolehan B2 atau B3 tersebut. Kajian ini akan cuba mengkaji adakah benar B1 menjadi punca kesulitan dalam pemerolehan sistem bunyi bahasa Perancis. Subjek kajian terdiri daripada 32 orang pelajar Melayu yang sedang mempelajari bahasa Perancis di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Data kajian dikumpul melalui dua bentuk ujian iaitu: (1) ujian diskriminasi bunyi, dan (2) ujian pengeluaran bunyi. Kajian ini menerapkan pendekatan Analisis Kesilapan (AS) yang dipelopori oleh Corder (1967) sebagai kerangka teoretikal, sementara analisis data pula dijalankan mengikut prosedur analisis seperti yang dicadangkan Van Els et al. (1984). Mereka telah mencadangkan enam langkah untuk menjalankan AS, iaitu: (1) mengumpul data, (2) mengenal pasti kesilapan, (3) mengkelaskan kesilapan, (4) mengenal pasti sumber kesilapan, (5) menganalisis kesilapan, dan (6) mencadangkan bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar Melayu tidak berhadapan dengan masalah besar untuk mendiskriminasi bunyi vokal bahasa Perancis, tetapi mereka menghadapi masalah dari segi sebutan bunyi vokal tersebut. Dapatan kajian juga membuktikan bahawa kesulitan yang dihadapi oleh pelajar bukan hanya disebabkan oleh gangguan B1, tetapi juga berpunca dari sistem bahasa Perancis tersebut. Salah satu punca kesulitan dalam penyebutan bunyi vokal bahasa Perancis ialah sistem ejaan yang digunakan bagi mewakili bunyi-bunyi vokal tersebut.

Item Type:Article
Keywords:pemerolehan bahasa; pelajar Melayu; bahasa Perancis; bunyi vokal; Analisis Kesilapan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:9086
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2015 10:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page