Kerangka pembangunan ontologi pakar teknologi maklumat dan komunikasi mengguna pendekatan tesaurus, taksonomi association for computing machinery dan pakar domain

Akmal Aris, and Junaidah Mohamed Kassim, and Hana Yasmein Ishak, and Juhana Salim, and Shahrul Azman Mohd Noah, (2015) Kerangka pembangunan ontologi pakar teknologi maklumat dan komunikasi mengguna pendekatan tesaurus, taksonomi association for computing machinery dan pakar domain. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 4 (2). pp. 1-10. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
355kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631

Abstract

Pencarian pakar adalah pencarian individu yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu bidang. Kajian lampau mengkaji penggunaan profil pakar dalam aplikasi pencarian pakar mengguna kata kunci sebagai kueri. Penggunaan kueri berasaskan konsep yang diketengah mampu mendapat padanan pakar atau kepakaran yang berkaitan dengan bidang yang dicari. Sistem pencarian pakar kini hanya melakukan carian berdasarkan maklumat penerbitan pakar sahaja lantas menyebab tidak ada hubungan dengan maklumat lain yang boleh menjadi sumber sokongan bagi menghubung kepada bidang yang berkaitan. Kaedah pencarian pakar berdasarkan maklumat penerbitan mengecil skop carian pakar kerana terdapat aspek lain yang berkaitan dengan pakar seperti pendidikan, pengajaran, penyeliaan, perundingan, persidangan, khidmat masyarakat, kelayakan dan badan profesional. Penggunaan ontologi yang berasaskan kepada konsep dapat membantu mengembang hasil carian serta menunjukkan hubungan yang berkaitan. Kajian ini bertujuan mereka bentuk satu kerangka bagi pembangunan ontologi pakar teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang diguna dalam pembangunan direktori pakar TMK. Kerangka dibina berdasarkan kepada penilaian kritis susastera dalam bidang sistem pencarian pakar, profil pakar, dan ontologi dalam sistem carian pakar. Kerangka pembangunan ontologi pakar TMK melibatkan pengestrakan maklumat pakar dari sumber web seperti resume, laman web individu, laman web organisasi dan laman web pusat penyelidikan bagi membina indeks glosari perkataan yang mencirikan pakar. Indeks glosari yang dibina hasil daripada pengestrakan dijadikan asas bagi membangun ontologi. Kajian ini mengintegrasi penggunaan tesaurus dan taksonomi Association of Computing Machinery (ACM) dalam pembangunan ontologi pakar yang melibatkan pakar domain dalam bidang TMK. Ontologi dapat memperkaya indeks glosari yang diguna dalam sistem direktori pakar yang menyedia keupayaan semantik. Kerangka pembangunan ontologi pakar TMK yang dicadang merangkumi tiga bahagian iaitu pengekstrakan data, pembangunan ontologi dan pengesahan ontologi pakar TMK oleh pakar domain. Kerangka pembangunan ini dapat memandu pembangunan ontologi berasaskan konsep yang relevan dan tepat mengikut kehendak pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Pakar, profil pakar, sistem pencarian pakar, ontologi dan kerangka kerja pembangunan ontologi.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:9094
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Oct 2015 12:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:48

Repository Staff Only: item control page