Khairulanuar Ab Kadir, and Juhana Salim, (2015) Kerangka pengurusan dan pemantauan harta intelek di Pusat Inovasi Universiti. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 4 (2). pp. 21-38. ISSN 2289-2192
|
PDF
463kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/apjitm/issue/view/631
Abstract
Pengurusan maklumat hasil penyelidikan yang berselerak dalam fakulti dapat diurus dengan cekap mengguna sistem pengurusan harta intelek (HI). Sehubungan dengan keperluan bagi meningkat kecekapan pengurusan dan pemantauan proses HI, beberapa penyelesaian seperti mengenal pasti proses dan prosedur dalam permohonan HI, pelupusan amalan manual serta meneroka kesesuaian mengguna alat teknologi maklumat (TM) dicadang. Kajian ini bertujuan mereka bentuk dan mengesah kerangka pengurusan dan pemantauan HI yang boleh menjadi garis panduan kepada pengurusan HI yang berkesan. Kerangka ini direka bentuk untuk disesuai dengan persekitaran pusat inovasi yang diamanah mengurus hak harta intelek (HHI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kerangka yang dibina melibatkan tiga fasa. Fasa pertama dan kedua merangkumi pengumpulan maklumat tentang keperluan dan masalah mengurus dan memantau proses HI sedia ada daripada tinjauan susastera dan kajian kes di Pusat Inovasi UKM. Fasa ketiga melibatkan reka bentuk dan pembinaan kerangka sistem yang mendorong kepada pembangunan prototaip sistem pengurusan dan pemantauan HI. Sistem pengurusan dan pemantauan HI mempunyai tiga komponen utama yang terdiri daripada kesedaran HI, perlombongan HI dan penyaringan HI. Sistem direka bentuk untuk menambah baik proses mengenal pasti dan menilai HI yang berpotensi dengan meningkat kecekapan dalam menyimpan rekod dan mempercepat proses menapis sejumlah besar maklumat hasil penyelidikan. Kerangka sistem prototaip disah oleh eksekutif pusat innovasi universiti mengguna teknik think aloud. Hasil analisis data kualitatif menunjukkan sistem prototaip pengurusan dan pemantauan HI memberi peningkatan ketara dalam menyelesai isu pengurusan HI sedia ada serta meningkat produktiviti pengguna. Kerangka yang direka bentuk memboleh maklumat yang berkaitan dengan HI diperoleh, disimpan, diurus dan diguna dengan berkesan berdasarkan konsep pengurusan harta intelek.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Harta Intelek, Hak Harta Intelek, Pengurusan Harta Intelek, Pemantauan Harta Intelek, Universiti Kebangsaan Malaysia |
Journal: | Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia) |
ID Code: | 9096 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 05 Oct 2015 15:22 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:48 |
Repository Staff Only: item control page